Friday, November 26, 2010

Siti Di Alam Fantasi 3 di Istana Budaya, Bakal Mencatat Sejarah Penonton Teater Paling Ramai

Siti di Alam Fantasi 3 yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada 22 hingga 31 Disember ni menampilkan Liyana Jasmay sebagai watak Siti. Watak Siti pernah dilakonkan oleh Amy Mastura sebelum ni. Teater muzikal Siti di Alam Fantasi ni sesuai untuk kanak kanak, tapi rasanya orang dewasa pun akan enjoy tengok lakonan bertenaga Liyana Jasmay yang comel dan ceria ni. Sekarang kan musim cuti sekolah, masa ni le sesuai ibu bapa nak bawa anak anak pi jalan jalan beriadah.



Dengar lagi, ada para pelakon hebat lain yang menjayakan teater muzikal ni iaitu Fizo Omar sebagai Putera Katak dan Ketua Lipas, manakala Umie Aida atau Ziela Jalil akan menjadi permaisuri katak. Vanidah Imran sbg Ratu Labah labah.
Skrip skrip dan dialog yang lebih lawak dan boleh buat penonton pecah perut, wahh!! menarik sungguh ni. 


Boleh kalau nak katakan ini teater muzikal ni bakal mencatat sejarah kerana boleh menarik penonton paling ramai. 



Info tambahan :

Tiket menyaksikan Siti Di Alam Fantasi boleh dibeli pada harga RM30, RM50 dan RM150. Untuk pertanyaan, boleh hubungi box-office (03-40265558) atau layari www.ticket2u.biz atau www.istanabudaya.gov.my. 



Teater ni merupakan teater kanak-kanak pertama yang dipentaskan di Istana Budaya dan mencatatkan sejarah penonton paling ramai mengatasi teater dewasa. Novel Siti di Alam Fantasi 3 pun akan berada di pasaran tak lama lagi.



Info dari Murai.com.my


No comments:

Post a Comment