Tuesday, April 27, 2010

Addicted To GLAM

Kira-kira jam 2.08 pagi pada 27 April 2010, saya terasa ingin sekali berkongsi salah satu minat saya yang memang tak boleh dilupakan setiap bulan dan menjadi kewajipan untuk mendapatkannya..Anda semua pasti dah tahu ape kan?Just Look at that picture..^__^

Sudah lama sebenarnya minat saya ni, sejak di bangku sekolah lagi tapi masa tu saya masih tercari-cari majalah yang sesuai untuk diri saya..Sudah terlalu banyak 'collection' dalam gerobok saya..Sehinggakan terpaksa dibuang disebabkan berpindah rumah..Memang sedih nak buang tapi dah xde 'space' untuk saya simpan semua majalah-majalah kesayangan saya ni..Jadi jalan penyelesaiannya buang dan sedekahkan la pada sape2 yang nak..

Sejak 2007 saya mula mengenali GLAM, mula-mula tu hanya suka-suka..sama seperti majalah lain yang saya beli dan kumpul..Dan xsemestinya lengkap setiap 'collection'..Disebabkan saya sedang belajar di Shah Alam jadi mudah untuk saya mendapatkan majalah2 yang saya suka..Walaupun kadang-kadang tu terpaksa mengikat perut hanya untuk mendapatkan majalah kesayangan saya ni tapi saya xkisah..Biasala masih belajar..

Semakin lama minat saya terhadap majalah ni makin mendalam, dan saya bersungguh-sungguh untuk mendapatkan setiap keluaran..My Hubby pun tahu minat saya ni..he3..kadang2 diala jadi mangsa untuk belikan saya majalah ni..Dan yang paling tidak boleh dilupakan saya pernah 'apply' untuk menjalani latihan praktikal di 'company' yang mengeluarkan majalah tersebut..Dan saya diterima tetapi malangnya 'company' ni lewat sangat telefon saya kerana saya dah pun menerima tawaran dari 'company' lain..Memang sedih..



Sambung semula cerita minat saya ni, sejak 2009 saya mula addicted dengan majalah ni..setiap bulan saya dapatkan majalah ni dan akhirnya saya dapat all the collection 2009..Huuurayyy...Selepas tu saya dah tamat pengajian dan pulanglah saya ke negeri Pulau Mutiara saya..

Sebelum Januari 2010, saya dah mula sibuk mencari majalah Glam ni..kedai2 tepi jalan, shopping complex dan segala macam kedai saya jelajah di seluruh Penang tapi semuanya cakap 'SOLD OUT'..ini betul2 buat saya geram...arrrggghhhh...My Magazine...Saya juga ada minta tolong my friends  kt KL untuk carikan majalah tu tapi semuanya habis juga..sedihnya saya..Bulan tu xdapatla saya majalah tersebut..telan air liur jea la lihat covernya dari website company majalah tersebut..

Salah seorang kawan saya sarankan untuk saya melanggan terus dari company tersebut..ha3..apalagi saya pun terus la isi 'form' dan terus bayar guna Maybank 2u..ha3..happynya..sekarang saya xperlu risau lagi kerana setiap bulan majalah tersebut ada didepan rumah saya..Huuurraaaayyyy...Lengkap semuanya..
Panjang juga celoteh saya ni..he3..Bye2..See u again..Hope All of u like it..

No comments:

Post a Comment